Pada 13 Disember 2018 Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka telah menerima lawatan sambil belajar 40 mahasiswa yang mengikuti Kursus Kriminologi diketuai oleh Dr Mohammad Rahim Bin Kamaluddin, Pensyarah Kanan Pusat Kesejahteraan Manusia Dan Masyarakat UKM. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti skop mata pelajaran merangkumi aspek jenayah, tingkah laku penjenayah, delinkuen dan juga sistem koreksional dan pemulihan kepenjaraan negara Malaysia.
""