Pada 25 Disember 2018 (Selasa) bertempat di Perkarangan Pejabat Pentadbiran Pusat Koreksional Labuan telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Krismas peringkat Kakitangan Pusat Koreksional Labuan yang telah dihadiri oleh Penolong Komisioner Penjara Abd Rauf bin Lang Pasih, Pengarah Pusat Koreksional Labuan beserta kakitangan dan ahli keluarga. Majlis ini bertujuan bagi meraikan kakitangan yang menyambut Hari Perayaan Krismas yang tidak berkesempatan untuk bercuti pulang ke kampung halaman masing-masing disebabkan keperluan tugas.
""