Pada 31 Julai 2018 (Selasa), seramai 16 orang kakitangan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu telah mengadakan lawatan ke Penjara Marang Terengganu sempena makmal pembangunaan produk baru tekstil tenunan dan songket 2018. Rombongan ini diketuai oleh Pengarah Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu iaitu Encik Abdul Manan bin Ismail. Satu taklimat ringkas yang disampaikan oleh PP Mohd Irwan Bin Awang, Timbalan Pengarah Penjara Marang berkenaan Penjara Marang. Pelawat turut dibawa untuk melihat sendiri hasil tenunan yang dibuat oleh penghuni penjara di bengkel songket disamping bertukar-tukar idea tenunan songket.
""