19 Julai 2018 (Khamis) : Penjara Dusun Dato? Murad telah menerima lawatan sambil belajar daripada Team KIK Akademik Rela Negeri Melaka. Ketibaan pelawat seramai 10 orang yang terdiri daripada ahli KIK Akademik Rela telah disambut oleh Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad iaitu PKP Zamzuri Bin Ghani. Lawatan tersebut bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan mempelajari kaedah berkaitan Konvensyen Inovatif & Kreatif (KIK) termasuk teknik penyediaan buku yang berkualiti. Sesi penerangan telah disampaikan oleh TPP Mohd Faizal Bin Jidin selaku fasilitator, Haji Nor Azlan Bin Sarmudan selaku ketua kumpulan dan juga ahli-ahli KIK Penjara Dusun Dato? Murad.
""