26 Julai 2018 (Khamis) : Unit Agama Penjara Dusun Dato? Murad telah mengadakan Kursus Pengurusan Jenazah Peringkat Penghuni bertempat di Surau Banduan. Kursus tersebut telah dijayakan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Nor Azlan Bin Abdul Kadir, Penceramah Agama Felda merangkap Panel Penceramah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Kursus tersebut juga turut dihadiri oleh PKP Zamzuri Bin Ghani selaku Pengarah Penjara Dusun Dato? Murad. Objektif kursus tersebut ialah untuk memberikan kefahaman dalam segi teori dan amali kepada penghuni penjara tentang pengurusan jenazah iaitu bermula daripada memandikan sehingga pengkebumian jenazah.
""