Pejabat Pengarah Penjara Negeri Melaka telah dilantik sebagai pengajur Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Bil. 8/2018 pada 6 Ogos 2018 (Isnin) bertempat di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Tuan Haji Adly bin Zahari, Ketua Menteri Melaka. Diantara tetamu kehormat yang hadir (11) ahli-ahli YB EXCO Negeri Melaka, (4) ahli YB Adun, YB Tuan Omar bin Jaafar (Speaker Dun Melaka), YB Datuk Wira Roslan bin Ibrahim (Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka), YB Tuan Mohamad Abazafree bin Mohd Abbas (Penasihat Undang-undang Negeri Melaka), YB Tuan Hanafi bin Sakri (Pegawai Kewangan Negeri Melaka), Ketua-ketua Institusi Penjara Negeri Melaka serta Ketua-ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri serta 1500 tetamu jemputan.
""