| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Gotong-Royong Mega 1.0 Memerangi Aedes 2018

14 Ogos 2018 ? Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes Peringkat Maktab Penjara Malaysia telah diadakan atas saranan daripada KDN akibat daripada peningkatan kes denggi yang dilaporkan oleh pihak Kementerian Kesihatan. Gotong-royong ini melibatkan seramai 74 kakitangan Maktab Penjara Malaysia bersama 5 orang pegawai kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat. Semua yang terlibat telah dibahagikan kawasan masing-masing mengikut zon untuk dibersihkan dan dikemaskan. Pembahagian zon dan jadual program seperti di lampiran.

Selain daripada itu pihak Maktab Penjara Malaysia juga telah mendapatkan perkhidmatan ?larva siding? daripada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan ia dilakukan di sekitar Maktab Penjara Malaysia sebagai langkah pencegahan pembiakan nyamuk aedes dan demam denggi. Penglibatan pucuk pimpinan tertinggi MPM iaitu  YBhg Komisioner Dato? Narander Singh, Pengarah Maktab Penjara Malaysia telah memberikan semangat kepada semua warga MPM . Program ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan.

""