Penjara Sungai Udang, Melaka telah menerima lawatan sambil belajar dari peserta Kursus Mesin Pengimbas Badan (Body Scanner) Jabatan Penjara Malaysia pada 09.08.2018 ( Khamis ). Seramai lebih kurang 30 peserta yang terdiri dari pegawai pelbagai pangkat yang sedang mengikuti kursus tersebut di Institut Koreksional Malaysia (IKoM), Melaka telah diberi taklimat dari syarikat pengeluar mesin pengimbas serta mempelajari cara-cara penggunaan mesin pengimbas dan latihan praktikal.
""