Pada 17 Ogos 2018 (Jumaat) - Unit Pemulihan dan Rawatan Penjara Pusat Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi sukan zon-zon penempatan penghuni. Sukan ini bermula dari 02hb Julai dan berakhir pada 15hb Ogos 2018. Majlis telah disempurnakan oleh PP Jomison Gondikit, Ketua Bahagian Pengurusan Banduan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir pegawai-pegawai pemulihan dan kakitangan Penjara Pusat Kota Kinabalu. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian dan penutupan Sukan Banduan oleh PP Jomison Gondikit seterusnya, penyampaian hadiah dan persembahan Buskers penghuni. Objektif aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat terpendam dikalangan penghuni disamping mengeratkan hubungan silaturahim para penghuni dengan menerapkan amalan gaya hidup sihat, menghargai diri, berdisplin dan bertanggungjawab.
""