Pada 14 ? 16 Ogos 2018, Latihan Menembak bagi Pegawai Penjara Pusat Kota Kinabalu telah diadakan di Lapang Sasar PDRM, Lok Kawi Sabah. Seramai 120 peserta latihan yang terlibat di dalam tugas-tugas penggunaan senjata apti seperti di Menara Kawalan, Unit Pengiringan, Unit Kawalan dan Pencegahan (UKP) dan Kawalan Banduan di Wad Hospital.
Sebelum menjalankan latihan menembak, Ketua Inspektor Penjara Jackson Jibit selaku Ketua Pegawai Keselamatan lapang sasar dibantu urusetia latihan Menembak, telah memberi penerangan dan pendedahan tatacara pengendalian senjata dengan betul. Antara senjatapi yang digunakan adalah M-16 Rifle dan Benelli's pump shotguns.
Objektif latihan ini diadakan untuk melatih pegawai di institusi ini mahir dalam mengendalikan senjata api serta membina keyakinan diri. Disamping itu, memupuk sikap disiplin yang tinggi dikalangan pegawai dalam penggunaan senjata api. Keseluruhan latihan menembak ini berjalan dengan jayanya dan disempurnakan oleh PKK ROSMAN BIN NORMAN Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu Sabah.
"" Sebelum menjalankan latihan menembak, Ketua Inspektor Penjara Jackson Jibit selaku Ketua Pegawai Keselamatan lapang sasar dibantu urusetia latihan Menembak, telah memberi penerangan dan pendedahan tatacara pengendalian senjata dengan betul. Antara senjatapi yang digunakan adalah M-16 Rifle dan Benelli's pump shotguns.