Pada 09hb Ogos 2018 (Khamis), Unit Pemulihan dan Pendidikan Institusi Penjara Tawau telah mengadakan Pertandingan Busking Peringkat Penghuni Sempena Bulan Kemerdekaan bertempat di Dataran Insaf Penjara Tawau. Pertandingan tersebut melibatkan 14 kumpulan busker termasuk 02 kumpulan mewakili penghuni wanita. Antara kategori lagu yang dipertandingkan adalah kategori lagu yang berunsurkan etnik dan kategori lagu pilihan (bebas). Majlis diakhiri dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang oleh Pengarah Penjara Tawau, Penolong Kanan Komisioner Faisal bin Mohamed Noor.
""