14 Ogos 2018 ( Selasa ) Kompleks Penjara Puncak Borneo telah mengadakan satu program gotong royong mega 1.0 yang memfokuskan pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes. Turut hadir PKK Fathi bin Mursidi, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo Kuching, serta pegawai kanan dan pegawai lain-lain pangkat Penjara Puncak Borneo dan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Antara tujuan utama program ini dilaksanakan adalah bagi menghapus dan membasmi tempat pembiakan nyamuk aedes supaya persekitaran kompleks lebih bersih dan selamat selaras dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Dalam Negeri.
Kawasan terlibat dalam program gotong-royong adalah seperti kuarters kediaman kompleks pegawai dan kakitangan dan surau. Program turut dimeriahkan dengan jamuan minum petang bersama Pengarah dan kakitangan yang terlibat.
"" Kawasan terlibat dalam program gotong-royong adalah seperti kuarters kediaman kompleks pegawai dan kakitangan dan surau. Program turut dimeriahkan dengan jamuan minum petang bersama Pengarah dan kakitangan yang terlibat.