Pada 22 Ogos 2018 (Rabu) Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas, Melaka telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya dan Program Korban bertempat di Surau Al Baraqah. Sebanyak tiga ekor lembu dikorbankan oleh kakitangan institusi ini. PP Redzwan Bin Saghil@ Yusof, Timbalan Pengarah SHG Telok Mas dan PP Hairol Hisham Bin Mohd Harith, Pengarah Parol Negeri Melaka turut hadir dalam majlis tersebut yang telah disertai seramai 100 orang kakitangan dan keluarga wargakerja Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.
""