Pada 23 Mac 2018, satu lawatan kerja Program Pemulihan Pemasyarakatan Industri telah diadakan di Penjara Sungai Petani dan Kilang Lypometal Sdn. Bhd. Lawatan dihadiri oleh Timbalan Pengarah Kanan NBOS YBhg. Lt. Jeneral (B) Datuk William Stevenson, dan Timbalan Pengarah Kanan Fasilitasi Dato? Jana Santhiran. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah YBhg. Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan Ibu Pejabat Penjara Malaysia, wakil daripada Kementerian Dalam Negeri, Penolong Kanan Komisioner Mohd Andri bin Md. Ridzwan daripada Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti dan Penolong Komisioner Penjara Nor Haizan bin Md. Isa daripada Pejabat Pengarah Penjara Negeri Kedah. Tujuan lawatan tersebut bertujuan untuk membincangkan perkembangan semasa program tersebut seterusnya mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang program tersebut. Dalam sesi lawatan tersebut juga, delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Pengarah Penjara Sungai Petani, Yang Mulia Penolong Komisioner Penjara Raja Nazril Azman bin Raja Azam Iskandar, seterusnya dibawa melihat perkembangan pembinaan sementara pejabat Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Industri serta penempatan sementara ODS di Penjara Sungai Petani. Delegasi lawatan juga telah dibawa berjumpa dengan ODS yang akan bekerja di Kilang Lypometal Sdn. Bhd.
""