| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Hari Penjara Kali Ke-228 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu

Pada 02 April 2018 (Isnin) bertempat di Autritorium di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Sabah telah berlangsung Majlis Hari Penjara Kali Ke-228 Peringkat Kompleks Penjara Kota Kinabalu. Pada tahun ini, Penjara Wanita Kota Kinabalu adalah pengelola bagi majlis ini. ?Pemulihan Dinamik Pengintegrasian Strategik? telah dipilih sebagai tema sambutan pada kali ini. Seramai 71 orang anggota penerima pingat , 4 orang awam yang terlibat dalam program-program jabatan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta 21 orang atlit Penjara Kota Kinabalu yang menyertai Kejohanan Asean Prison Track & Field Championships (APTFC) Tahun 2018 menerima Sijil Penghargaan. Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh TKP Suria bin Hj. Idris, Pengarah Negeri Sabah. Di antara pengisian aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah Ceramah Kesihatan dari Pegawai Perubatan Penjara Wanita Kota Kinabalu Dr Yusniza dan acara tarik tali.


""