4 April 2018 (Rabu), Majlis Sambutan Hari Penjara Ke-228 Peringkat Penjara Negeri Melaka telah diadakan di Dewan Parameswara bertemakan ?Pemulihan Dinamik Pengintegrasian Strategik?. Aturcara majlis dimulakan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan pemakaian pingat serta penghargaan kepada pasukan bolasepak Negeri Melaka dalam Kejohanan Bolasepak Piala Tan Sri Murad Ahmad 2018. Majlis telah disempurnakan oleh KP Abdul Aziz Mohamad, Pengarah Penjara Negeri Melaka dan turut dihadiri oleh pengarah-pengarah Institusi Penjara Negeri Melaka.
""