4 April 2018 (Rabu) - Muzium Penjara Malaysia telah menerima Lawatan daripada Jabatan Laut Malaysia seramai 40 orang. Lawatan ini telah disambut oleh PP Mohd Rothman bin Bujang Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka. Peserta ?peserta lawatan ini telah didedahkan tentang sejarah penubuhan Muzium Penjara dan cara pengendaliannya selain memperkenalkan premis ini sebagai produk baru Jabatan Penjara Malaysia. Para pelawat juga telah didedahkan tentang kehidupan banduan di dalam penjara supaya jenayah kolar putih melibatkan penjawat awam dapat dibendung.
""