Penjara Pusat Miri telah terpilih
sebagai institusi pengelola bagi Infokraf Penjara-Penjara Borneo Tahun
2018 yang telah diadakan mulai 06-09 April 2018 bertempat di Imperial
Mall, Miri, Sarawak yang telah disertai oleh Penjara Negara Brunei
Darussalam, institusi Penjara Negeri Sarawak dan institusi Penjara
Negeri Sabah. Majlis Perasmian telah diadakan pada 07 April 2018 dan
disempurnakan oleh YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed
Adahan, Timbalan Ketua Pengarah Penjara (Keselamatan &
Koreksional). Turut hadir di majlis perasmian tersebut adalah Pengarah
Penjara Negara Brunei Darussalam, YBhg. KP Dato? Mohd Sakeri bin Haji
Dollah, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan Banduan, Ketua-Ketua
Institusi Zon Sarawak dan Sabah, Ketua-Ketua Agensi Kerajaan Bahagian
Miri, Ahli Lembaga Hakim Pelawat, Ketua-Ketua Masyarakat Bahagian Miri
dan lain-lain. Sepanjang program infokraf berlangsung juga diadakan
pelbagai aktiviti termasuk Pameran Kepenjaraan, Kuiz Kepenjaraan,
Pameran Kerjaya oleh Kolej dan Universiti Awam dan Swasta dan
sebagainya.
""