Pada 18hb April 2018 (Rabu) - Bertempat di Dewan Bistari, telah diadakan Program Komuniti Dadah Musuh Negara. Ceramah telah disampaikan oleh Timbalan Penguasa, John Kindasan daripada Penjara Tawau dan Inspektor Ahmad Bin Ambo daripada Penjara Pusat Kota Kinabalu juga merupakan Fasilitator Program SPADA di Universiti Malaysia Sabah. Beliau dalam ceramahnya berkata, setiap manusia perlu berubah iaitu Hari ini lebih baik dari kelmarin dan esok lebih baik dari hari semalam. Seramai 100 orang penghuni terlibat dalam program ini yang turut dihadiri pegawai-pegawai pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""