Pada 19 April 2018 bersamaan 3 Syaaban, Khamis, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Penjara Puncak Borneo telah mengadakan ceramah bersempena Isra? Mikraj. Ceramah diadakan dalam dua sesi iaitu pagi dan malam. Sesi yang pertama diadakan bersama penghuni Penjara Puncak Borneo di sebelah pagi yang disertai oleh 100 orang penghuni bertempat di Dewan Serbaguna. Manakala sesi kedua yang diadakan pada sebelah malam bersama kakitangan dan keluarga Kompleks Penjara Puncak Borneo bertempat di Surau As-Syafie. Kedua-dua ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahim bin Othman dari JAKIM Cawangan Sarawak. Majlis turut dihadiri oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, dan PKP Hamdan Salleh bin Majin, Pengarah Penjara Puncak Borneo.
""