18hb. April 2018 (Rabu)-Bertempat di Dewan Dato? Ibrahim, Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Kursus Pengurusan Jenazah anjuran KEMAS Negeri Terengganu dengan kerjasama Penjara Marang Terengganu. Seramai 43 peserta kursus hadir terdiri dari pegawai KEMAS, PERSIAP Cawangan Penjara Marang dan anggota Penjara Marang. Slot Pengurusan Jenazah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Wan Rosli Wan Mamat (Pegawai Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah Marang). Objektif utama penganjuran adalah peserta supaya berilmu dalam perkara berkaitan pengurusan jenazah berdasarkan Islam. Juga, melahirkan peserta yang boleh berbakti kepada masyarakat berdasarkan ilmu yang dipelajari melalui kursus ini. Ilmu berkaitan pengurusan jenazah dalam Islam dapat diperkembang dengan lebih menyeluruh. Disamping itu juga, ianya juga bertujuan untuk menjalinkan silaturahim antara Jabatan KEMAS dengan Jabatan Penjara Malaysia khususnya Penjara Marang Terengganu.
""