Pada 18 April 2018 (Rabu), Unit Program Pembangunan Insan (RPD), Penjara Kajang telah mengadakan Program Kebudayaan dan Kesenian. Kepentingan kebudayaan dan kesenian di dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan dan program ini juga mampu merapatkan hubungan sosial sesama penghuni dan kakitangan penjara dalam konsep pemasyarakatan. Dengan adanya ?Program Kebudayaan dan Kesenian? sebegini ia mampu memberi pendedahan kepada penghuni tentang aktiviti kemasyarakatan yang mana akan menjadi bekal kepada mereka apabila dibebaskan kelak. Program ini juga dapat membentuk modal insan yang seimbang dari pelbagai aspek selaras dengan visi dan misi Jabatan. Seramai 300 penghuni terlibat dengan program yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah iaitu PKK Rosoman B.Abu Bakar @ Che Din.
""