| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Bulan Ogos 2017

Pada 28 Ogos 2017 (Isnin) - Jabatan Penjara Malaysia telah diamanahkan sebagai hos untuk mengadakan Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri Bagi Bulan Ogos 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato? Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri yang berlangsung di Auditorium, Kementerian Dalam Negeri. Majlis dimulakan dengan persembahan koir dan pentomen yang mengetengahkan konsep pemulihan ke atas seorang bekas banduan yang bernama Arun Vythilingam dari Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Gemas, Negeri Sembilan di bawah program National Blue Ocean Strategy (NBOS). Majlis diserikan lagi dengan pelancaran buku Malaysia Journal Correctional, Pemakaian Pangkat Kehormat, Penyampaian Sijil Penghargaan dan Penyerahan Jalur Gemilang. Pemakaian Pangkat Kehormat telah diberikan kepada YB. Dato? Masir Kujat (Timbalan Menteri Dalam Negeri II) dan kepada YBhg. Dato? Wan Ali bin Besar (Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan). Dalam masa yang sama turut diadakan penyerahan jalur gemilang simbolik kepada Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 kepada Ketua-Ketua Agensi dibawah Kementerian Dalam Negeri. Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBHg. Dato? Sri Hj. Zulkifli bin Omar (Komisioner Jeneral Penjara), pemimpin-pemimpin tertinggi jabatan pelbagai pangkat serta pegawai-pegawai dari agensi lain.


""