Pada 2 September 2017 (Sabtu), Program Gotong-Royong Penyembelihan Lembu sempena Sambutan Hari Raya Aidil Adha Peringkat Kompleks Penjara Puncak Borneo bagi Tahun 2017 telah diadakan bermula jam 7.30 pagi bertempat di PULAPEN Wilayah Sarawak. Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Rangen anak Jamang, Senior Assistant Officer, Pejabat Daerah Kecil Bayor mewakili YB Datuk Dr. Jerip anak Susil, Menteri Muda Pengangkutan Negeri Sarawak merangkap Ahli Dun N19 Mambong. Turut hadir TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PKK Mohamad Rosidek bin Musa, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sarawak, PP Nazri bin Mohamad, Timbalan Pengarah Penjara Puncak Borneo dan kakitangan serta keluarga Kompleks Penjara Puncak Borneo. Pengagihan daging qurban kepada kakitangan serta keluarga telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan diakhiri dengan jamuan makan tengahari.
""