| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 Peringkat Negeri Sabah

Pada 31hb Ogos 2017 (Khamis), Kontinjen Jabatan Penjara Malaysia Sabah & WP Labuan telah menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 Peringkat Negeri Sabah. Perbarisan yang bertemakan ?Negaraku Sehati Sejiwa? ' bermula dari Jalan Tun Fuad Stephen dan berakhir di bulatan Hotel Promenade. Perbarisan ini turut disertai semua agensi badan beruniform dan membabitkan sebanyak 161 kontinjen dari pelbagai agensi kerajaan serta swasta, pelajar sekolah dan persatuan. TKP Hj. Suria bin Hj. Idris, Pengarah Penjara Negeri Sabah & WP Labuan telah diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat daripada kontinjen dari Jabatan Penjara Malaysia Sabah & WP Labuan.


""