Pada 30 Ogos 2017 (Rabu), Sesi Dialog Peringkat Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak bagi bulan Ogos Tahun 2017 telah diadakan pada jam 2.30 petang bertempat di Auditorium Sri Sarawak, Pejabat Pengarah Penajra Negeri Sarawak. Sesi dialog telah dipengerusikan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak dan turut dihadiri oleh PP Achon anak Tadeng, Ketua Bahagian Parol dan Perkhidmatan Komuniti, serta semua pegawai dan kakitangan Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Penyampaian sumbangan Kelab Sosial Pejabat Pengarah Penjara Negeri Sarawak kepada pegawai dan kakitangan turut disampaikan yang telah disempurnakan oleh TKP Ajidin bin Haji Salleh, Pengarah Penjara Negeri Sarawak. Selain itu, sesi suai kenal kakitangan baru juga turut diadakan.
""