Pada 05 September 2017(Selasa) bertempat di Dataran Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang jam 8.00 pagi telah diadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan Ogos tahun 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YDH TKP Roslan bin Mohamed, Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang, diiringi oleh YDH PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang serta barisan pegawai kanan dan kakitangan. Susunatur majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negeraku dan Bakti Setia, pemeriksaan perbarisan, bacaan ikrar, ucapan Pengarah Penjara Negeri Pulau Pinang dan diakhiri dengan bacaan doa.
""