Pada 29 Ogos 2017 (Selasa), telah diadakan Majlis Malam Jasamu Dikenang dan Penyampaian Anugerah Anak-Anak Cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Peringkat Zon Tengah Tahun 2017 yang dikelolakan oleh Penjara Kajang bertempat di Dewan Kelab Sukan, Penjara Kajang. Majlis diserikan dengan kehadiran YBhg. KJP Dato Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua Persatuan Isteri, Anak-Anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP). Seramai 62 orang pesara dan 55 anak-anak cemerlang Jabatan Penjara Malaysia Zon Tengah 2017 telah diraikan dalam majlis tersebut dan 2 orang pelajar telah dianugerahkan sebagai Penerima Sumbangan Anak-Anak Gemilang. Perarakan masuk pesara-pesara bersama YBhg. KJP Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan YBhg. Datin Sri Hajah Noraini binti Haji Man, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia. Turut hadir YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional), TKP Ariffin bin Md Nor, Pengerusi Persatuan Pegawai Penjara Malaysia (POA), Pengarah-pengarah Bahagian IPPM, Pengarah-pengarah Negeri serta Ketua-Ketua Institusi Penjara Zon Tengah.
""