Pada 23 Ogos 2017 (Rabu), Unit Agama, Penjara Wanita Kota Kinabalu telah mengadakan Bengkel Tahsin Solat Peringkat Penghuni Penjara Wanita Kota Kinabalu. Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pendidikan secara teori dan praktikal solat fardu 5 waktu kepada para penghuni yang belum tahu cara untuk menunaikan solat. Penglibatan penghuni adalah seramai 40 orang bersama para pegawai Unit Pemulihan, Penjara Wanita Kota Kinabalu.
Penceramah jemputan adalah Ustazah Siti Nur Jannah binti Mohamed Nor dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kota Kinabalu. Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Ketua Unit Pemulihan iaitu KIP Fordiah binti Kassim dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.
"" Penceramah jemputan adalah Ustazah Siti Nur Jannah binti Mohamed Nor dari Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kota Kinabalu. Majlis penutupan bengkel disempurnakan oleh Ketua Unit Pemulihan iaitu KIP Fordiah binti Kassim dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah.