Bertempat di Pejabat Unit Pelan Pembangunan Insan (PPI) Wanita Penjara Sungai Udang, Melaka telah diadakan Majlis Program Lawatan dan Ramah Mesra yang telah diadakan pada 05.09.2017 (Selasa). Program ini melibat 12 orang penghuni serta ahli dari Majlis Pembangunan Wanita Dan Pembangunan Keluarga Negeri Melaka mengikut ADUN. Program tersebut telah disempurnakan oleh YB. Datuk Latipah Binti Omar Exco Wanita, Pembangunan Keluarga Dan Hal Ehwal Kebajikan, Negeri Melaka. Turut hadir ke program tersebut Pengerusi ?Pengerusi MPWK dari ADUN di seluruh Negeri Melaka, Pengarah Pembangunan wanita Negeri Melaka, Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Negeri Melaka, YBhg. TKP Datuk Nor Afifi bin Sulong, Pengarah Penjara Sungai Udang, PKP Noratimah binti Abu Bakar, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Melaka dan Pegawai?pegawai Penjara Sungai Udang. Rombongan telah dibawa melawat ke Blok Penempatan Wanita dan Bengkel Perusahaan Wanita.
""