Pada 10 Zulhijjah 1438H (Jumaat) bersamaan 01hb September 2017 intitusi Penjara Tawau telah melaksanakan ibadah korban. Seramai 100 orang pegawai , ahli Persiap dan ahli keluarga telah terlibat dalam menjayakan program tersebut secara bergotong-royong. Sebanyak lima (05) ekor lembu telah dilaksanakan sembelihan oleh Ustaz Abdul Razak bin Hasan, guru SMK Titingan. Daging korban juga telah diagihkan kepada fakir miskin Kg Sg Nasib, Semporna dan selebihnya diagihkan kepada seluruh pegawai dan ahli keluarga institusi Penjara Tawau.
""