| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Perhimpunan Bulanan Penjara Tapah, Perak

Pada 11 September 2017 (Isnin) Institusi Penjara Tapah, Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2017 bertempat di Dataran Kawad bermula pada jam 7.30 pagi. Kehadiran pegawai dan kakitangan  adalah seramai (32) pegawai kanan,    (81) anggota lain-lain pangkat dan (25) orang pegawai awam. Majlis diserikan lagi dengan pemakaian (01) pengesahan jawatan kepada Inspektor Penjara dan (05) Sarjan Hakiki yang disempurnakan oleh TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Tapah dan diiringi oleh PKP Ahmad Rizal Bin Mohd. Ghazali, Timbalan Pengarah Penjara Tapah, Perak.

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh TKP Kamarudzaman Bin Hj Mamat, Pengarah Penjara Tapah, di mana didalam ucapannya adalah lebih memfokuskan kepada Merakyatkan Perkhidmatan Awam PKPA 1/2015 yang terbahagi kepada perkhidmatan kaunter, aduan pelanggan dan komunikasi dengan pelanggan. Majlis perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa.


""