13 September 2017 (Rabu) ? Telah berlangsung Majlis Sambutan Hari Malaysia Peringkat Penjara Sandakan bertempat di Perkarangan Penjara Sandakan. Majlis ini adalah hasil kolaborasi bersama Penjara Sandakan, Lembaga Hakim Pelawat dan Sandakan FM. Antara Objektif penganjuran adalah untuk memberi pemulihan efisien dan dinamik kepada penghuni disamping memperkasa modul pemulihan sedia ada. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Chew Kok Woh, Timbalan Pengerusi Lembaga Hakim Pelawat, Penjara Sandakan. Turut hadir dan menyampaikan ucapan adalah PKP Zulkifli bin Abdul Manah, Pengarah Penjara Sandakan dan Puan Anisah binti Mohd. Yunus, Pengurus Sandakan FM. Hadir sama PP Abd Rauf bin Lang Pasih, Timbalan Pengarah Penjara Sandakan, ahli Lembaga Hakim Pelawat, pegawai-pegawai kanan dan kakitangan Penjara Sandakan. Pengisian majlis adalah Pertandingan Deklamasi Sajak, Nanyian lagu-lagu Patriotik dan penyampaian hadiah sukan penghuni yang telah berlangsung 3 minggu lebih awal. Majlis tersebut turut mendapat liputan RTM Sabah dan ditayangkan dalam berita pagi segmen berita langsung dari Sabah.
""