| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Ekspresi Kesenian Dan Kebudayaan Sekolah Integriti Dan Sekolah Henry Gurney 2017

Pada 13 September 2017 (Rabu), Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka dan Microsoft Malaysia telah menganjurkan Program Ekspresi Kesenian dan Kebudayaan Sekolah Integriti dan Sekolah Henry Gurney 2017 yang diadakan di Panggung Seri JKKN Melaka. Seramai 100 peserta dari Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Integriti terlibat dalam persembahan. Program ini turut melibatkan penyertaan 250 pelajar dari 10 buah sekolah di negeri Melaka.

Objektif program selain mengasah bakat-bakat seni dikalangan penghuni, program serampang dua mata ini memberi peluang kepada Jabatan Penjara Malaysia untuk memainkan peranan di dalam pendidikan pencegahan jenayah kepada pelajar sekolah agar mematuhi peraturan dan undang-undang. Program ini telah disempurnakan oleh TKP Kausalya Devi a/p Sathoo, Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan.


""