| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Bersama Pegawai Dan Anggota Institusi Penjara Malaysia Peringkat Zon Tengah

Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Peringkat Zon Tengah telah diadakan pada 11 September 2017 jam bertempat di Auditorium Vokasional Industri  pada jam 2.30 petang yang dikelolakan oleh Penjara Kajang. Slot pertama taklimat Pemukiman telah disampaikan oleh YBhg. Timbalan Komisioner Jeneral (Pengurusan) Dato? Jamaludin bin Saad yang bertajuk    ?Di Mana Bumi Dipjak, Di Situ Langit Dijunjung? manakala slot kedua telah disampaikan oleh Timblan Komisioner Supri bin Hashim yang bertajuk ?Akur Kepada Aku Janji?. Kehadiran peserta program seramai 150 yang terdiri daripada pegawai penjara pelbagai pangkat serta kakitangan awam.

Matlamat utama program yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Profesionalisme ini dilaksanakan bertujuan menjelaskan dasar-dasar jabatan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemantapan tadbir urus dan pengukuhan integriti perjawatan Jabatan Penjara Malaysia. Program selesai pada jam 4.30 petang.



""