Pada 19 September 2017 (Selasa) bertempat di Dewan Sri Mutiara, Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang telah diadakan Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia Peringkat Negeri Pulau Pinang anjuran bersama Jawatankuasa Sambutan Hari Fisioterapi Sedunia peringkat Negeri Pulau Pinang bersama (40) peserta KOSPEN PLUS Siri 1/2017 daripada institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang bertemakan "Add Life to Years : Towards a Healthier Nation". Program pada kali ini telah diserikan dengan kehadiran Dr. Suhaimi bin Samsudin (Pegawai Kesihatan Epidemiologi Daerah Seberang Perai Selatan), PKK Husin bin Hj.Johari (Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang), Cik Mirrah Bai a/p Muniandy (Pegawai Fisioterapi), dan En. Sarveesh a/l Rajandran, (Penyelaras Program). Sebanyak (4) stesyen kesihatan telah di sediakan bagi menguji tahap kesihatan para peserta iaitu Stesyen "Daya Tahan Kekuatan Abdomen", Stesyen "Daya Tahan Kardiovaskular", Stesyen "Daya Tahan dan Kekuatan Otot" serta Stesyen " Fleksibiliti". Selain itu turut diadakan sesi senamrobik, acara potong kek sempena Hari Fisioterapi Sedunia, cabutan bertuah serta pameran gerai-gerai sebagai laman informasi kepada para peserta. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan berkenaan penjagaan kesihatan menyeluruh kepada para peserta.Program diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan dan tamat sekitar jam 12.00 tengahari.
""