Pada 18 September 2017 (Isnin), Pusat Koreksional Puncak Alam meraikan 6 orang warga kerja PKPA yang berpindah ke institusi baharu. PKP Zulia binti Khamis yang akan berpindah sebagai Pengarah Penjara Wanita Kajang, En. Saiful Nizir bin Abdol yang berpindah ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pn Zawiah Binti Zakariah yang berpindah ke Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Selangor, Kpl Mohd Azemi bin Zakaria yang berpindah ke Penjara Kajang, WP Nurfaridaharyani Binti Mohd Nori yang berpindah ke Penjara Wanita Kajang dan WP Muhamad Mutakhim bin Abd Rahim yang berpindah ke Penjara Tapah. Majlis diadakan bertempat di Harmonyzone Cafe, Puncak Alam dan turut dihadiri oleh semua kakitangan Pusat Koreksional Puncak Alam.
""