Pada 20hb September 2017, Pusat
Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan
telah menerima lawatan Kerja YBhg Dato? Sri Alwi bin Hj Ibrahim Ketua
Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. Lawatan turut diserikan lagi dengan
kehadiran YBhg Komisioner Jeneral Datuk Sri Hj Zulkifli bin Omar Ketua
Pengarah Penjara Malaysia, YBhg Timbalan Komisioner Jeneral Dato?
Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan Timbalan Ketua Pengarah
Penjara (Keselamatan & Koreksional), YBhg Komisioner Penjara
Dato? Abdul Aziz bin Abdul Razak Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan,
YBhg Komisioner Penjara Hj Nordin bin Hj Muhamad Pengarah Bahagian
Pengurusan Banduan, Ketua-ketua Jabatan, pegawai kanan jabatan Penjara
Malaysia dan Angkatan tentera Malaysia. Majlis dimulakan dengan taklimat
PPP oleh Penguasa Penjara Wan Rosli Bin Dollah Pegawai Yang Menjaga
Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Syed Sirajuddin,Gemas Negeri Sembilan
serta lawatan ke tapak Agrikultur dan Aquakultur seperti tapak
penternakan ikan keli,ladang ternakan ayam kampung dan ladang
Nanas.
""