Pada 13 September 2017 (Rabu), Pusat Koreksional Bintulu telah mengadakan Perhimpunan Bulanan bagi bulan September 2017 bertempat di Parkir Pejabat Pentadbiran bermula jam 6.45 pagi. Perhimpunan ini telah dihadiri oleh 12 orang Pegawai Kanan, 54 orang anggota pelbagai pangkat, dan 9 orang kakitangan awam. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan barisan oleh Pengarah Pusat Koreksional Bintulu, PKP Rahmat Bin Abdul Rani diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Ibu Pertiwiku, lagu Bakti Setia, bacaan doa dan bacaan ikrar jabatan yang diketuai oleh PPP Mohd Jack Tutol Abdullah. Majlis diteruskan dengan pemakaian pangkat kepada seorang Pegawai yang telah diluluskan untuk jawatan pemangkuan Penguasa Penjara Gred 41 ke Gred Flexi 41/44 iaitu PP Azmi Bin Mahat. Seterusnya ialah pemakaian pangkat Koperal (TBBK) kepada seorang anggota iaitu Koperal Mohd Mordani Bin Usop. Aturcara majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Tokoh Bulanan bagi bulan Ogos 2017 yang telah dianugerahkan kepada Wadar Muhammad Shahrin Bin Norhisham. Akhir sekali majlis telah menjemput dan mempersilakan Yang Dihormati PKP Rahmat Bin Abdul Rani, Pengarah Pusat Koreksional Bintulu untuk menyampaikan ucapan. Majlis tamat pada jam 7.45 pagi.
""