| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Audit Pensijilan EKSA Pusat Koreksional Bintulu

Pada 5 sehingga 7 September 2017, pihak Unit Pentadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sarawak telah menjalankan Audit Pensijilan EKSA ke atas Pusat Koreksional Bintulu. Audit tersebut telah dijalankan oleh empat (4) orang Juruaudit iaitu terdiri daripada Puan Cornelia Wong Chui (Ketua Juruaudit), Puan Rozieyana Binti Rais, Puan Norhaizum Binti Shahril, dan Encik Rahmat Bin Dahan. Sebanyak tujuh (7) Zon EKSA Pusat Koreksional Bintulu telah di audit iaitu Zon Amethyst, Zon Shadow Crystal, Zon Aquamarine, Zon Ruby, Zon Sapphire, Zon Zircon dan Zon Olivine. Warga Pusat Koreksional Bintulu telah mengamalkan EKSA bermula tahun 2016 sehingga sekarang dengan berpegang pada Dasar EKSA iaitu mengamalkan budaya kerja produktif melalui persekitaran berkualiti yang menekankan aspek-aspek kebersihan, kekemasan, dan keselamatan bagi menyampaikan perkhidmatan yang teratur, cekap, dan progresif melalui amalan EKSA yang berterusan.


""