| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Majlis Penutupan Program Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu 2017

Pada 25 September 2017 (Isnin), Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu, telah berlangsung Majlis Penutupan Program Sempena Bulan Kemerdekaan Peringkat Penghuni Penjara Pusat Kota Kinabalu. Program ini telah bermula pada 21 Ogos 2017 dan berakhir pada 28 Ogos 2017. Pelbagai acara telah dipertandingkan sepanjang program tersebut berlangsung seperti Kuiz Kemerdekaan, Dikir Barat, Pidato dan Deklamasi Puisi yang melibatkan penghuni di 07 Zon Penempatan. Aturcara Majlis Perasmian Penutupan diserikan dengan persembahan Dikit Barat, penyampaian sijil Refleksologi kepada para peserta yang telah tamat kursus dan hadiah kepada pemenang.  Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh PP Mohd Redzualan Bin Yunus, Penolong Penguasa Penjara Pusat Kota Kinabalu. Turut hadir, Pegawai Kanan serta pegawai dan kakitangan Unit Pemulihan Penjara Pusat Kota Kinabalu.


""