Sebagai usaha menegakkan syiar Islam, Pusat Koreksional Puncak Alam meraikan Awal Muharram tahun 1439 Hijrah pada 21 September 2017 bertempat di Surau Omar Al- Khattab PKPA. Majlis dimulakan dengan bacaan doa akhir tahun, solat Maghrib berjemaah dan seterusnya bacaan doa awal tahun yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Ilyas bin Mohamad Khairi. Seramai 20 orang warga PKPA dan keluarga menghadiri majlis tersebut dan diakhiri dengan jamuan ringan.
""