| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil. 2 Tahun 2017 Jabatan Penjara Malaysia

Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil. 2 Tahun 2017 Jabatan Penjara Malaysia telah diadakan pada 24 hingga 26 September 2017 bertempat di Mess Pegawai, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Mesyuarat yang diadakan dua (2) kali setahun ini dianggotai oleh 90 orang pegawai terdiri daripada Pengurusan Tertinggi, Pengarah-pengarah Bahagian, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian, Pengarah-pengarah Penjara Negeri, Pengarah-pengarah Institusi dan Wakil Kementerian Dalam Negeri.

Mesyuarat dimulai dengan majlis perasmian yang disempurnakan oleh YBhg. Dato? Sri Alwi bin Haji Ibrahim, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pasa 24 September 2017 jam 2.30 petang. Majlis diserikan dengan pemakaian pangkat kepada enam (6) orang pegawai dan penyampaian pingat yang didahului oleh Pingat Perkhidmatan Setia (2 orang pegawai), Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Satu (8 orang pegawai), Pingat Komisioner Jeneral Penjara Kelas Kedua (3 orang pegawai), Pingat Jasa Penjara (4 orang pegawai) dan Pingat Setia Penjara (4 orang pegawai). Penyampaian hadiah Pertandingan KIK Horizon Baharu Jabatan Penjara Malaysia 2017 turut diadakan semasa majlis tersebut.

Atur cara mesyuarat dimulakan dengan ucapan oleh YBhg. Dato? Sri Haji Zulkifli bin Omar, Komisioner Jeneral Penjara. Pengisian mesyuarat pada kali ini juga adalah  pembentangan maklumbalas Mesyuarat Ketua-Ketua Institusi Bil. 1 Tahun 2017 oleh Setiausaha Mesyuarat, pembentangan Sektor Keselamatan dan Koreksional, pembentangan Sektor Pengurusan, pembentangan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Unit Integriti dan Unit Perundangan, Mesyuarat Agung Majlis Sukan Penjara Malaysia, Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan MS ISO 9001:2015 dan Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Koreksional Malaysia.

Bertepatan dengan objektif mesyuarat untuk meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan melalui perkongsian ilmu, dua (2) orang pegawai telah dijemput untuk menyampaikan taklimat iaitu ACP S.Shanmugamoorthy, Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang, Jabatan Siasatan Jenayah, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dengan tajuk Isu Pendakwaan dan Siasatan Kes dan YBhg. Dato? Rajpal Singh, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang Jenayah, Majlis Peguam dengan tajuk Issues Faced by Criminal Law Practitioner When Visiting Their Clients at Prisons. 


""