Unit Pengurusan Psikologi, Pusat Koreksional Jasin, Melaka telah mengadakan Program Explorace Hari Malaysia, Peringkat Penghuni pada 20 September 2017 bertempat di padang Blok Damai. Program ini telah dikelolakan oleh En. Muhammad Shaharuddin Bin Nuji dan merupakan program kali kedua diadakan sejak kali pertama diadakan pada tahun 2016. Seramai 132 orang penghuni terdiri dari pelbagai kaum telah dipilih untuk menyertai program tersebut.
Program Explorace Hari Malaysia tersebut telah bermula dengan acara ?Flag off? oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Saifullah Bin Md. Akhir dan seterusnya diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah setelah tamat program.
Penganjuran program ini juga memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kecintaan kepada negara disamping membentuk kerjasama berpasukan dalam kalangan penghuni. Selain itu, melalui pendekatan pertandingan program ini boleh membentuk semangat persaingan sihat dalam kalangan penghuni disamping meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan sekaligus boleh meningkatkan keyakinan diri penghuni untuk berkomunikasi dengan lebih berkesan.
Turut hadir bersama bagi merasmikan program tersebut adalah Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP. Muhamamd Saifullah Bin MD. Akhir, TPP Aswari Bin Che Ibrahim, Ketua Unit Pengurusan Banduan Pusat Koreksional Jasin dan Dr. Mohd Mahdzan Bin Mazelan, Pegawai Perubatan, Pusat Koreksional Jasin.
"" Program Explorace Hari Malaysia tersebut telah bermula dengan acara ?Flag off? oleh Pengarah Pusat Koreksional Jasin, PP Mohd Saifullah Bin Md. Akhir dan seterusnya diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah setelah tamat program.