Pada 21 September 2017 (Khamis) - Program Sambutan Tahun Baru Hijrah 1438H peringkat penghuni telah diadakan di Surau Penjara Pusat Kota Kinabalu. Antara pengisian program adalah ceramah agama yang telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Suaid, Guru Agama daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Bahang Kota Kinabalu. Ceramah agama yang disampaikan bertajuk ?Hijrah Kearah Kebaikan?. Seramai 101 orang penghuni terlibat bagi menjayakan program ini. Objektifnya adalah bertujuan untuk memberi kesedaran dan kepentingan hijrah kepada diri setiap penghuni supaya penghuni dapat berazam untuk mengubah diri kepada yang lebih baik. Seterusnya, penyampaian penghargaan kepada tokoh Ma?al Hijrah dikalangan penghuni dan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pertandingan DAIE dan Dual Muzikal. Majlis telah disempurnakan oleh PKK Rosman Bin Norman, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu.
""