Pada 27 September 2017 (Rabu) bermula jam 5.00 petang bertempat di Zon Perdana dan semua Blok Pangsapuri telah diadakan Program Gotong-Royong Perdana Peringkat Institusi Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang. PKK Husin bin Hj. Johari, Pengarah Kompleks Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang diiringi PP Hj. Abd. Zaini bin Ibrahim telah turut sama turun padang bagi meninjau keadaan sepanjang aktiviti ini dijalankan. Program pada kali ini telah mengumpulkan seluruh kakitangan dan warga institusi ini bagi bersama-sama menyertai dan menyumbang tenaga untuk merealisasikan kehidupan sejahtera dan kesihatan yang berterusan serta menyahut seruan pihak Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai kerana telah menyediakan peralatan bagi kegunaan program pada kali ini. Program tamat dengan jayanya sekitar jam 6.30 petang.
""