Pada 26.09.2017 (Selasa) Unit Latihan Sekolah Henry Gurney Telok Mas telah mengadakan Kursus Simulasi Kebakaran Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka. Antara Latihan yang dijalankan ialah Teori Kimia Kebakaran, Teori Menyelamat dan Pengunaan alat pemadam api, Praktikal Simulasi Di Dapur Penghuni dan Praktikal Simulasi Di Blok Penempatan Penghuni. Latihan ini diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran kecekapan dan menyelamat kepada anggota sekiranya berlaku situasi kebakaran semasa menjalankan tugas-tugas keselamatan di blok penempatan dan bengkel-bengkel. Latihan ini dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Melaka dan Unit latihan Institusi Sekolah Henry Gurney Telok Mas Melaka.
""