Pada 21 September 2017 (Khamis), Seksyen Pemulihan Penjara Kajang telah mengadakan Majlis Penutupan Karnival Sukan dan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Penghuni Penjara Kajang yang melibatkan seramai 450 penghuni dan diadakan di padang utama Penjara Kajang. Pelbagai acara telah diadakan seperti bola sepak, bola tampar, tarik tali, gusti lengan, bina badan dan karaoke. Program bertujuan mengalakkan gaya hidup sihat dan membentuk suasana harmoni di kalangan penghuni serta menguatkan semangat kebangsaan. Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengarah Penjara Kajang, TKP Hj. Abdul Halim Bin Ma Hasan, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, PKK Rosoman Bin Abu Bakar @ Che Din bersama-sama pegawai kanan dan anggota lain-lain pangkat.
""