| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan Pegawai Dan Anggota Zon Pantai Timur 2

02hb. Oktober 2017 (Isnin)-Bertempat di dewan Dato? Ibrahim, Penjara Marang Terengganu telah berlangsung Program Pemukiman (Turun Padang) Pengurusan Tertinggi Jabatan Dengan Pegawai Dan Anggota Bagi Zon Timur 2. Seramai (125) orang peserta hadir dalam program ini yang terdiri dari Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Pengarah Penjara Marang Terengganu, Pengarah Pusat Koreksional Dungun bersama-sama pegawai kanan dan anggota dari setiap bahagian dan institusi. Susunatur program dimulai dengan slot ceramah bertajuk ?Di mana Bumi Dipijak, Di Situ Langit Dijunjung? yang disampaikan oleh YBhg. TKJP Dato? Alzafry Mohamed Alnassif Bin Mohamed Adahan, Timbalan Ketua Pengarah (Keselamatan & Koreksional), manakala slot kedua yang bertajuk ?Akur Kepada Akur Janji? telah disampaikan oleh TKP Ariffin Bin Mohd Noor, Pengarah Bahagian Agama Penjara (BAPEM) dan slot yang terakhir bertajuk ?Mendepani Cabaran Masa Hadapan? telah disampaikan oleh PKK Zaidi Bin Hamid Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan & Inteligen (Seksyen Radikal & Banduan / Tahanan Berisiko Tinggi). Objektif utama program adalah bertujuan menjelaskan dasar-dasar terkini jabatan, perkara-perkara yang berkaitan dengan pemantapan tadbir urus dan pengukuhan integriti perjawatan. Turut diselitkan dalam program ini adalah sesi dialog antara para peserta program dengan pengurusan tertinggi jabatan.



""