29 September 2017, Muzium Penjara Malaysia, Melaka telah menerima kunjungan Lawatan Kerja daripada YBhg KP Dato? Abdul Aziz Bin Abdul Razak, Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan dan Puan Rafidah binti Datu Derin, Setiausaha Bahagian Kepenjaraan, Antidadah dan Rela Kementerian Dalam Negeri. Lawatan ini dimulakan dengan taklimat oleh PP Mohd Rothman bin Bujang, Pengarah Muzium Penjara Malaysia Melaka berkenaan Sejarah Penubuhan Muzium Penjara Malaysia, Visi, Misi dan Perancangan Muzium Penjara Malaysia Melaka dalam membantu kerajaan dalam menangani masalah sosial di kalangan remaja.
""